Al-Quran masih dalam keadaan sempurna

Keadaan ruang pejabat selepas kejadian kebakaran.
Keadaan ruang pejabat selepas kejadian kebakaran.
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Ada beberapa barang yang boleh lagi diambil, tetapi sungguh tersentuh apabila melihat al-Quran peribadi masih utuh walaupun selepas ditelan api yang marak."

Demikian perkongsian pensyarah dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub tatkala diberi kesempatan untuk melihat pejabatnya pagi tadi setelah berlakunya kejadian kebakaran di UM kelmarin.

Katanya, buku di rak ada terbakar namun al-Quran berkenaan masih elok dan hanya mengalami kerosakan kecil.

"Barang-barang, kertas atas meja saya habis. Al-Quran ini hanya kulit kesan haba kuning sikit.

"Meja, printer pun cair. Tapi al-Quran itu... benar-benar petanda kekuasaan ALLAH," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai satu kebesaran daripada ALLAH.

"Hari ini diberikan kebenaran untuk melihat sendiri bilik yang ditimpa musibah. Insya-ALLAH ada hikmah," katanya.

Awal pagi Selasa lalu, pejabat pensyarah di Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya (UM) mengalami kebakaran.

Artikel Berkaitan:

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.30 pagi.

Menurut kenyataan bomba, kemusnahan dianggarkan sebanyak 90 peratus dan api dapat dikawal pada jam 1.53 pagi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan dan hasil siasatan akan diumumkan pada Jumaat.

Sebanyak 21 bilik pensyarah terlibat dalam kebakaran bangunan tiga tingkat itu manakala jumlah kerugian masih dalam siasatan.