MBPJ nafi kutip derma untuk terbit majalah rasmi

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menafikan pihaknya ada membuat kutipan derma bagi tujuan penerbitan sebuah majalah.

Sekretariat Media, Unit Komunikasi Korporat MBPJ menerusi satu kenyataan memaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu juga tidak pernah melantik mana-mana individu untuk tujuan tersebut.

Menurut kenyataan itu, MBPJ menerima aduan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat seorang wanita berpakaian menyerupai pakaian seragam MBPJ membuat kutipan derma bagi tujuan penerbitan majalah rasmi yang diberi nama ‘Suara Penolong Pegawai Farmasi'.

“Ingin ditegaskan MBPJ tidak pernah terlibat dalam penerbitan majalah terbabit malah tidak menjalankan aktiviti kutipan derma serta melantik mana-mana individu untuk tujuan tersebut.

“Sehubungan itu MBPJ menyarankan orang awam berhati-hati dengan aktiviti kutipan derma yang mengggunakan nama majlis sebagai organisasi terlibat bagi tujuan penerbitan majalah tersebut,” tulis kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: