Raja Muda Selangor kurnia pingat kepada 185 penerima

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menganugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada Zulkapli Hairani (tengah) pada Istiadat Pengurniaan Pingat-Pingat Negeri Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-73 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK, hari ini. Foto: Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 185 penerima bagi daerah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang.

Pengurniaan pingat berkenaan adalah bersempena menyambut ulang tahun ke-73 Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada tahun lepas.

Turut mengiringi Tengku Amir Shah ke istiadat yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini ialah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Pada majlis berkenaan, seramai 28 individu dikurniakan Pingat Pekerti Terpilih (PPT) kerana telah melakukan sesuatu perbuatan terbilang dan terpilih pekertinya di Selangor.

Seramai 36 individu pula menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (PPC) bagi menghargai jasa mereka yang telah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh tahun.

Sementara itu, bagi Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pula, seramai 91 individu yang berjasa kepada negeri Selangor dianugerahkan pingat berkenaan manakala 30 lagi menerima Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS) kerana telah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan negeri lebih 20 tahun. - Bernama

Artikel Berkaitan: