Belasah adik sampai patah gigi!

Gambar kecil: Razmi
Gambar kecil: Razmi
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Gara-gara tidak berpuas hati berhubung urusan harta pusaka keluarga, seorang abang tergamak membelasah adik lelakinya sehingga cedera di muka dan patah gigi dalam kejadian di Kampung Sungai Rengas di sini Isnin lalu.

Kejadian jam 1.10 tengah hari itu berlaku semasa mangsa, 54, sedang berehat di rumahnya sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek, 59, dalam keadaan marah-marah.

Sumber berkata, sejurus ternampak mangsa, suspek terus meluru ke arahnya lalu menumbuk dan memukul adiknya itu di bahagian bibir dan mata.

"Akibat dipukul mangsa mengalami lebam di mata, pecah dan bengkak pada bibir serta patah gigi.

"Tidak cukup itu, suspek turut memukul adik lelaki dan kakak mangsa yang berada di rumah kerana mendakwa tidak puas hati dengan urusan harta pusaka.

"Suspek turut mengugut akan terus mencederakan mangsa sekiranya dia tidak keluar dari rumah pusaka keluarga tersebut," katanya.

Sumber berkata, berikutan kejadian itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga di sini untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012 kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.