Lantikan Rafizi Adalah Prerogatif Presiden Parti

Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi Nik Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad membuat teguran sinis terhadap pemimpin parti itu yang membantah lantikan dibuat Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tanpa menyebut siapa individu itu, beliau mempertikaikan apa tujuan pemimpin itu yang mahukan Presiden meneliti semula lantikan tersebut.

“Pelantikan semalam dibuat oleh Presiden selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pertama. Malangnya ada yang tak hadir, tak memberi pelbagai komen, sedangkan beliau berbincang dengan semua dan menggunakan kuasanya sebagaimana ada dalam Perlembagaan parti.

“Dulu kata nak inklusif, nak 'move on' tapi berbunyi lagi. Apa cerita?,” katanya di Twitternya hari ini.

Biarpun tidak menamakan siapa indiviu itu, namun dipercayai ianya ditujukan kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini menegaskan pelantikan itu melanggar prinsip keadilan dan memerlukan penelitian semula Presiden.

Semalam Anwar mengumumkan senarai tambahan jawatankuasa PKR bagi penggal 2018-2021 selepas MPP bermesyuarat semalam.

Anwar mengumumkan sembilan individu menjawat jawatan tertinggi dalam parti secara lantikan.

Tiga individu iaitu Rafizi, Chang Lih Kang dan Ali Biju dilantik sebagai Naib Presiden manakala enam lagi dilantik sebagai Ahli MPP.

Artikel Berkaitan: