Dua warga Myanmar dijatuhkan hukuman mati di Thailand

Win Zaw Tun (kanan) dan rakannya Zaw Lin dibawa bagi menghadiri perbicaraan di mahkamah di Koh Samui pada Disember 2015.
Win Zaw Tun (kanan) dan rakannya Zaw Lin dibawa bagi menghadiri perbicaraan di mahkamah di Koh Samui pada Disember 2015.
A
A
A

ONTHABURI - Dua lelaki Myanmar yang membunuh sepasang pelancong dari Britain dijatuhkan hukuman mati hari ini selepas sebuah mahkamah di Thailand menolak rayuan terakhir mereka.

Zaw Lin dan Win Zaw Tun disabit bersalah membunuh Hannah Witheridge, 23 dan pasangannya David Miller, 24.

Mayat mereka ditemukan di pesisir pantai peranginan Koh Tao pada September 2014.

Kedua-dua mereka yang turut merogol mangsa wanita tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Namun, Mahkamah Agung menegaskan bukti forensik menunjukkan kedua-dua tertuduh bertanggungjawab dalam jenayah tersebut.

Harapan terakhir untuk tertuduh mengelak hukuman mati ialah melalui pengampunan diraja atau penjara seumur hidup bagi menggantikan hukuman berkenaan.

Siasatan terhadap kes itu dicemari pelbagai dakwaan salah laku, seperti pencemaran bahan bukti dan penderaan.

Tertuduh juga mendakwa dipukul untuk memaksa mereka mengaku membunuh.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun polis Thailand menafikan dakwaan itu. - AFP