X

Kindly register in order to view this article
!

Tarik pelancong melalui acara sukan

Ahmad Faizal turut membuat balingan sebagai gimik perasmian kejohanan tersebut di Arena Lawn Bowls Perak di sini hari ini.
A
A

IPOH - Kerajaan Perak menggalakkan persatuan sukan di negeri ini menganjurkan pelbagai kejohanan sukan bagi menarik pelancong.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, penganjuran kejohanan sukan bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat tetapi turut membantu mempromosikan negeri.

Katanya, peluang menganjurkan kejohanan membabitkan peserta dari dalam dan luar negara perlu digunakan untuk perkembangan pelancongan di Perak.

"Ini kesempatan yang baik untuk mempromosikan negara. Semoga hasrat menarik bilangan pelancong melalui sukan dapat diperhebatkan lagi," katanya.

Ahmad Faizal berkata, kejohanan seperti itu juga dapat memanfaatkan kemudahan sukan sedia ada yang dibina sempena Sukan Malaysia (Sukma) sebelum ini.

"Saya dapati semangat pemain begitu kuat dan kental. Kejohanan di Malaysia menawarkan hadiah begitu rendah, tapi pemain bersemangat menjelajah seluruh negara untuk bertanding dalam sukan ini.

"Saya cadangkan inisiatif seperti ini digiatkan lagi. Saya kira kalau nak cungkil bakat atlet, kita perlu adakan banyak pertandingan supaya mereka lebih terdedah kepada suasana pertandingan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Cabaran Lawn Bowls Piala Menteri Besar Perak 2019 di Arena Lawn Bowls Perak di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua persatuan sukan supaya bersiap lebih awal dalam mengharungi Sukma ke-20 di Johor.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus