Dua sahabat bebas tuduhan rompak berkumpulan

Md Zawawi (kiri) berbincang sesuatu dengan peguamnya, Mohd Hayatuddin (kanan) di luar kamar mahkamah.
Md Zawawi (kiri) berbincang sesuatu dengan peguamnya, Mohd Hayatuddin (kanan) di luar kamar mahkamah.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua sahabat dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan, tahun lalu.

Hakim Wan Azimah Yaacob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan keraguan munasabah menerusi keterangan sepanjang prosiding berjalan.

Mengikut pertuduhan, Khairul Hasrizal Kassim, 39, dan Md Zawawi Ibrahim, 35, didakwa merompak telefon bimbit jenis Vivo milik Rusydi Mohamad, 41.

Kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai buruh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan di tepi jalan Kampung Bukit Apit, Hulu Terengganu, kira-kira jam 11.30 malam, pada 16 Jun 2018.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Izzat Wan Abdullah manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Mohd Hayyatuddin Muhamad.

Artikel Berkaitan: