X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada laporan khianat kebakaran hutan di Gelang Patah

Shafie (dua, kanan) pada sidang media selepas merasmikan Program Kenegaraan Sembang Santai Ketua Polis Johor dan Komuniti Daerah Iskandar Puteri di Kampung Pendas Laut, di sini hari ini.
A
A

ISKANDAR PUTERI - Setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung terdapat dakwaan perbuatan khianat atau sabotaj berkenaan kejadian kebakaran hutan di Kampung Pekajang dekat Gelang Patah, di sini sejak 21 Ogos lepas.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Shafie Ismail berkata, kertas siasatan hanya akan dibuka sekiranya terdapat aduan berkenaan isu tersebut.

"Polis akan melihatnya dari segala aspek. Difahamkan kawasan yang terlibat adalah jenis tanah gambut dan mudah terbakar apabila cuaca panas dan kering.

"Namun, setakat ini, tiada laporan terdapat unsur sabotaj atau khianat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Kenegaraan Sembang Santai Ketua Polis Johor dan Komuniti Daerah Iskandar Puteri di Kampung Pendas Laut, di sini hari ini.

Shafie berkata jika benar ada unsur khianat, kes akan disiasat mengikut Seksyen 435, Kanun Keseksaan (melakukan khianat dengan api) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan (melakukan khianat).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Datuk Yahaya Madis tidak menolak kemungkinan punca kebakaran akibat aktiviti pembersihan kebun di kawasan seluas 16 hektar berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan kesan ditemui di lokasi, pihaknya percaya ada individu membuat pembakaran terbuka dengan niat membersihkan kawasan kebunnya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!