PATI kena cekup Imigresen

Antara PATI yang ditahan dalam operasi di pasar raya di ibu kota, baru-baru ini.
Antara PATI yang ditahan dalam operasi di pasar raya di ibu kota, baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 39 pendatang asing tanpa izin (PATI) berdepan tindakan tegas apabila dikesan melakukan kesalahan dalam Ops Bersepadu di pasar raya sekitar ibu negara sejak Isnin.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, operasi pertama pada jam 3 petang itu dibuat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan berjaya menahan seramai 18 PATI termasuk lima wanita.

"Dalam operasi ini, 18 buah premis telah diperiksa di dalam pasar raya tersebut.

"Tangkapan terdiri daripada warga Pakistan (7), Indonesia (5), Bangladesh (4), Filipina (1) dan India (1)," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Dalam operasi kedua di Dataran Pandan Prima, Kuala Lumpur, seramai 19 PATI termasuk lapan wanita ditahan hasil pemeriksaan di 14 buah premis.

Hamidi berkata, serbuan bermula jam 4 petang mendapati PATI yang ditahan terdiri daripada lapan warga Indonesia, Bangladesh (8) dan tiga warga Pakistan.

Antara PATI yang ditahan dalam operasi di pasar raya di ibu kota, baru-baru ini.
Antara PATI yang ditahan dalam operasi di pasar raya di ibu kota, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, antara kesalahan yang dikesan dilakukan PATI terbabit adalah salahguna pas lawatan sosial, tinggal lebih masa dan gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, pihaknya akan memanggil pengurusan pasar raya berkenaan untuk membantu siasatan.

"Imigresen memberi amaran tegas pada semua PATI kerana tindakan penguatkuasaan operasi akan dipergiat tanpa mengira lokasi, sarang atau lubuk mereka berada.

"Kita sarankan mereka sertai program Back For Good (B4G) untuk pulang secara sukarela," katanya.