Kedah usaha imbangi keperluan pertanian, perumahan

Mukhriz (dua dari kiri) menyerahkan cenderamata kepada ketua platun kontinjen Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Hitam, Alif Nazran Adham Husaini yang memenangi perbarisan terbaik pada Program Ambang Merdeka Parlimen Jerlun di Kompleks Sukan Jerlun hari ini.

A
A
A

JERLUN - Kerajaan Kedah berhadapan cabaran dalam mengimbangi antara keperluan bekalan makanan dan perumahan yang semakin meningkat di negeri itu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, walaupun terdapat desakan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar tidak menukar syarat tanah pertanian kepada pembangunan, namun kerajaan negeri juga tidak akan mengabaikan kebajikan penduduk.

Katanya, bagi menyelesaikan masalah berkenaan, pihaknya kini dalam usaha meluaskan tanah pertanian melalui pengambilan tanah sawah di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan pedalaman.

"Ini yang kita boleh lakukan untuk meningkatkan hasil pertanian di Kedah di samping tidak mengabaikan keperluan penduduk.

"Kerajaan negeri susah hendak menolak apabila ada permintaan untuk pembangunan perumahan terutamanya Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),

"PPRT Ayer Hitam di sini pun dahulunya tanah bendang dan sekarang sebanyak 550 rumah telah disiapkan untuk manfaat penduduk tempatan," katanya kepada media selepas merasmikan Program Ambang Merdeka Parlimen Jerlun di Kompleks Sukan Jerlun di sini hari ini.

Mukhriz (dua dari kiri) melihat peserta kontinjen berarak pada Program Ambang Merdeka Parlimen Jerlun di Kompleks Sukan Jerlun hari ini.
Mukhriz (dua dari kiri) melihat peserta kontinjen berarak pada Program Ambang Merdeka Parlimen Jerlun di Kompleks Sukan Jerlun hari ini.

Mukhriz yang juga Pengerusi MADA berkata, beliau juga akan membincangkan isu pertukaran status tanah itu dalam Konvensyen Padi Antarabangsa pada bulan hadapan.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Mukhriz turut menyambut baik program sarapan pagi oleh Kementerian Pendidikan yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

"Program ini bukan sahaja untuk memastikan seseorang pelajar itu dapat makan tetapi juga mendapat khasiat yang secukupnya untuk memastikan proses pembelajaran mereka berjalan lancar," katanya.