X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

CCTV rakam empat individu bertopeng merompak

Rakaman video CCTV menunjukkan empat suspek bersenjata dipercayai merompak sebuah premis tukaran mata wang asing di sebuah pasar raya di Puncak Alam di sini semalam.
A
A

KUALA SELANGOR - Satu rakaman video daripada Kamera Litar Tertutup (CCTV) tular menunjukkan empat individu bertopeng bersenjata dipercayai merompak salah satu ruang niaga di sebuah pasar raya di Puncak Alam di sini semalam.

Dalam rakaman video berdurasi 2 minit 15 saat itu menunjukkan keadaan sekitar premis terbabit lengang.

CCTV itu juga menunjukkan sejurus keempat-empat individu itu masuk ke pasar raya terbabit mereka mengarahkan dua individu yang duduk di kerusi berhampiran tempat jualan kereta beredar dari kawasan terbabit.

CCTV juga menunjukkan seorang pekerja berhadapan premis terbabit yang menyedari kehadiran kumpulan bertopeng terpaksa menyorok bawah meja.

Berdasarkan sebuah rakaman CCTV lain yang tular berdurasi 0.30 saat pula, keempat-empat suspek dilihat menaiki sebuah kereta Toyota Camry.

Keempat-empat mereka yang turun daripada kenderaan itu dilihat bergegas masuk ke dalam pasar raya berkenaan.

Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut daripada polis berhuhung kejadian tersebut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!