Lelaki OKU maut dilanggar lari ketika lintas jalan

Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
A
A
A

MERSING - Seorang lelaki kurang upaya (OKU) maut selepas dilanggar lari dalam kejadian kemalangan di KM2 Jalan Jemaluang - Mersing semalam.

Mangsa, Abdul Halim Abd Rashid, 50, beralamat di Taman Sri Mersing cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintendan Mohd Nor Mohd Isa berkata, pada jam 7.35 petang, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kemalangan maut yang melibatkan seorang pejalan kaki.

"Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di jalan lurus yang mempunyai lampu jalan, melibatkan mangsa dengan sebuah Proton Iswara yang datang dari arah Mersing ke arah Jemaluang.

"Mangsa dikatakan melintas jalan secara tiba-tiba. Oleh kerana jarak terlalu hampir kenderaan tersebut tidak sempat brek dan mengelak lalu melanggar mangsa.

"Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Nor berkata, pemandu telah melarikan diri dari tempat kejadian selepas berlaku kemalangan dan meninggalkan kenderaannya di situ.

Ujarnya, usaha mengesan pemandu Proton Iswara tersebut masih diteruskan dan mayat mangsa telah di hantar ke Unit Forensik Hospital Mersing bagi tujuan bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

"Waris mangsa kemalangan juga telah dimaklumkan mengenai kemalangan maut ini. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987," katanya.