Adidas Football keluarkan empat koleksi unik

ANTARA koleksi Adidas Hard Wired, X dengan pelbagai warna memukau.
ANTARA koleksi Adidas Hard Wired, X dengan pelbagai warna memukau.
A
A
A

BUKAN satu tetapi empat koleksi unik kasut bola keluaran Adidas Football yang didatangkan dengan warna cukup menyerlah, sudah pastinya menjadi satu ikonik baharu dalam dunia sukan bola sepak.

Pek Hard Wired Adidas Football yang terdiri Copa, Predator, X dan Nemeziz itu mendapat perhatian dunia sekelip mata apabila produk berkenaan dirasmikan pemain terbaik dunia iaitu Paul Pogba, Paulo Dybala, Mohamed Salah dan Lionel Messi.

Warnanya sememangnya sangat terserlah dan begitu memikat.

Kilauan kasut solar green, aqua blue dan magenta sudah tentu menampilkan keberanian si pemakai.

COPA dengan rona solar green yang cukup menarik.
COPA dengan rona solar green yang cukup menarik.

Rekaan ikonik Copa dengan sentuhan sempurna juga didatangkan dengan warna solar green mempesonakan dengan sulaman hitam pada logo sekali gus menunjukkan rona kontras pada bahagian belakang.

INOVASI rekaan X yang sememangnya direka khas untuk tujahan kelajuan dengan sulaman rona magenta X pada bahagian belakang.
INOVASI rekaan X yang sememangnya direka khas untuk tujahan kelajuan dengan sulaman rona magenta X pada bahagian belakang.

Inovasi fitur baharu, Predator pula membuktikan satu ciptaan cukup berani dengan warna aqua blue digabungkan dengan kolar hitam yang cukup elegan. Satu lagi wajah baharu rekaan X yang sememangnya direka khas untuk tujahan kelajuan dengan sulaman rona magenta X pada bahagian belakang kasut bola berkenaan.

Artikel Berkaitan:

NEMEZIZ yang tampak berani.
NEMEZIZ yang tampak berani.

Nemeziz juga seunik namanya. Rekaan luar biasa yang tidak dijangka.

Rekaan terkini dipertingkatkan dengan warga berani magenta dan calitan hitam halus yang cukup teliti merentasi logo dan butang kancing Adidas.

Koleksi tersebut dijual secara esklusif sejak 23 Julai lalu dan berada di stor outlet Adidas bermula 30 Julai lalu. Maklumat lanjut boleh layari adidas.com.my/football atau ikuti @adidasfootball melalui Instagram atau Twitter.