X

Kindly register in order to view this article
!

Kolaboratif dua syarikat gergasi dunia

Pengarah Kanan Pengguna dan Jualan Peranti Microsoft Asia Tenggara, Vlasta Berka (kanan) bersama Pengurus Besar Lenovo Malaysia, Varinderjit Singh (dua dari kanan) dan Rakan Lenovo bergambar kenangan.
A
A

TEKNOLOGI komputer peribadi sentiasa cepat berubah.

Pastinya, syarikat gergasi pengeluar peranti berusaha sedaya upaya menjadikan jenama mereka sebagai nombor satu di hati masyarakat. Formula terbaik untuk menambat pelanggan sememangnya mudah.

Berikan sahaja mereka paparan lebih interaktif, durasi masa pantas untuk mengakses peranti dan sebagai tambah nilai, komputer mudah dibawa ke mana-mana.

Melihat kepada permintaan itu, syarikat pengeluar teknologi multinasional terkemuka dunia, Lenovo Group Ltd (Lenovo) secara rasminya menjadi entiti pertama di Malaysia yang menawarkan akses seumur hidup bagi versi penuh aplikasi penting Microsoft.

Kolaboratif dengan syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Microsoft Corporation itu memang cukup menguntungkan pengguna.

Pemasangan percuma Windows 10 dengan Office Home & Student Suite 2019 diberikan pada setiap pembelian siri IdeaPad dan IdeaCentre terbaharu.

Pengurus Besar Lenovo Malaysia, Varinderjit Singh berkata, akses percuma untuk pemasangan aplikasi sangat signifikan.

Selain Microsoft Word, pihak Microsoft memberi pakej lain iaitu Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint dan Onedrive bagi pembelian siri Lenovo IdeaPad C340, S340, S540, L340 dan Lenovo IdeaCentre AIO A340.

Ujar Varinderjit, Lenovo sentiasa berusaha untuk menjadi lebih inovatif bukan sahaja dari aspek kualiti produk malah perkhidmatan dan penyelesaian yang ditawarkan kepada pelanggan.

“Perkongsian dengan Microsoft bukti bagaimana kami terus memastikan komitmen memenuhi keperluan pelanggan kerana memang cukup penting penggunaan Microsoft Office itu untuk kerja harian.

“Pendekatan itu juga secara tidak langsung memberi peluang kepada kami menawarkan pelanggan satu pengalaman yang lancar kerana pelanggan boleh menggunakan peranti Lenovo terus daripada kotak,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Exclusively Yours di pusat beli-belah Pavilion di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis pelancaran itu dimeriahkan dengan kehadiran Rakan Lenovo yang juga selebriti seperti Nabila Razali, Shalma Eliana dan bintang Youtube, Farhan Mazlan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Pengguna dan Jualan Peranti Microsoft Asia Tenggara, Vlasta Berka berkata, sudah menjadi misi Microsoft untuk memperkasakan setiap organisasi dan individu untuk mencapai sesuatu yang lebih menarik.

“Kami gembira dapat menjalinkan kolaboratif pertama dengan Lenovo dalam pemasangan Home Office & Student Office pada Windows 10 untuk pasaran Malaysia.

“Kami sentiasa mencari penyelesaian terbaik dengan penyediaan produktiviti moden sekali gus memastikan data menjadi selamat dan terjamin,” katanya.

IDEAPAD C340
IDEAPAD C340

Lenovo IdeaPad C340

Dilengkapi dengan pemproses Intel Core i7 ke-8.

Menyediakan prestasi terbaik dari segi kelajuan dan responsif yang sempurna untuk produktiviti, kreativiti dan hiburan kepada pengguna.

Dengan teknologi Rapid Charge, komputer riba berupaya menambah kapasiti bateri hingga 80 peratus hanya dalam tempoh durasi satu jam sekali gus memberikan pengalaman mudah alih sepanjang hari buat para pengguna.

Lenovo IdeaPad C340 dengan saiz 15 inci kini dijual di dalam talian rasmi dan semua outlet Lenovo dengan harga dari RM2,799.

IDEAPAD S340
IDEAPAD S340

Lenovo IdeaPad S340 & S540

Dikuasakan dengan pemproses 8 Gen Intel Core, Lenovo IdeaPad S340 dan S540 menawarkan prestasi melebihi jangkauan selain penampilan premium dengan revolusi FHD.

IdeaPad S340 juga dilengkapi dengan Dolby Audio, memberi pengguna pengalaman audio terbaik dengan kesan bunyi seperti teater selain pilihan grafik NVIDIA GeForce dan IdeaPad S540.

Lenovo IdeaPad S340 dan S540 dengan saiz 15 inci itu kini dijual dalam talian rasmi dan semua outlet Lenovo seluruh negara dengan harga Lenovo IdeaPad S340 bermula dari RM2,599 dan S540 bermula dari RM3,499.

IDEAPAD L340
IDEAPAD L340

Lenovo IdeaPad L340

Lenovo IdeaPad L340 pula dilengkapi dengan mod penjagaan mata Lenovo Vantage yang mengurangkan pelepasan cahaya biru dan meminimumkan risiko ketegangan mata.

IdeaPad L340 juga dilengkapi dengan TrueBlock Privacy Shutter yang membolehkan pengguna untuk menutup webcam bagi tujuan privasi.

Selain itu, teknologi pengisian pantas dan audio visual yang menakjubkan menjadikan peranti anda selalu bersedia dibawa ke mana-mana.

Peranti dengan saiz 15 inci itu kini dijual dalam talian rasmi dan semua outlet Lenovo dengan harga bermula dari RM1,799.

IDEACENTRE A340
IDEACENTRE A340

Lenovo IdeaCentre AIO A340

Lenovo Ideacentre AIO A340 cukup mengagumkan dengan reka bentuk yang anggun dan 90 peratus paparan screen-to-body ratio.

Reka bentuk yang cukup sempurna dengan pendirian asimetri unik itu sesuai diletakkan bagi rekaan rumah moden dan minimal.

Peranti dengan saiz 22 inci itu kini dijual di dalam talian rasmi dan semua outlet Lenovo seluruh negara dengan harga bermula dari RM2,199.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus