Pemuda BN, Pas berkongsi pentas

Asyraf Wahdi bersalaman dengan barisan peminpin MIC pada program Ceramah Penyatuan Ummah 4 Ketua Pemuda.
Asyraf Wahdi bersalaman dengan barisan peminpin MIC pada program Ceramah Penyatuan Ummah 4 Ketua Pemuda.
A
A
A

PASIR PUTEH - [DIKEMASKINI] Gerakan sayap pemuda dari empat parti pembangkang menerusi konsep Penyatuan Ummah berjaya membuktikan mereka tidak rasis sebagaimana tanggapan sesetengah pihak.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Pemuda UMNO, Pas, MIC dan MCA bersetuju menjelajah ke seluruh negara menjayakan Ceramah Penyatuan Ummah 4-Ketua Pemuda.

Katanya, ia bukan sahaja usaha menyampaikan penerangan kepada rakyat malah sebagai membuktikan kesepakatan parti pembangkang.

"Kita juga nak nyatakan di sini bahawa penyatuan UMNO-Pas tidak sama sekali menggugat ketenteraman negara dan tidak boleh dilabelkan sebagai Taliban.

"Kita mahu membina negara bangsa yang sejahtera tanpa perkauman," katanya selepas Program Ceramah Penyatuan Ummah 4 Ketua Pemuda, di sini malam tadi.

Orang ramai yang menghadiri program Ceramah Penyatuan Ummah 4 Ketua Pemuda malam tadi.
Orang ramai yang menghadiri program Ceramah Penyatuan Ummah 4 Ketua Pemuda malam tadi.

Turut hadir; Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib; Naib Ketua Pemuda MCA Pusat, Chua Hock Kuan dan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Thinalan Rajagopalu.

Asyraf Wajdi berkata, Ceramah 4 Ketua Pemuda di sini sebagai permulaan misi jelajah negara.

Artikel Berkaitan:

"Pertama kali di daerah ini UMNO, Pas, MIC dan MCA berkongsi pentas dalam program ceramah, ini petanda baik sebenarnya.

"Kita bergerak dengan tema Selamatkan Negaraku untuk menyampaikan mesej kepada rakyat agar kembali cinta negara," katanya.

Tambahnya, pembangkang tidak mahu melihat hal agama dan budaya dijadikan modal untuk menyemarakkan api perkauman terutama dalam kalangan peminpin DAP yang melihat satu-satu perkara dalam tafsiran yang sempit.