Kenapa malas nak guna lampu isyarat kereta?

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BERDEPAN dengan perangai buruk segelintir rakyat Malaysia apabila berada di jalan raya kadang-kadang boleh membuatkan Merak Jalanan sakit jiwa dan beristighfar banyak kali.

Ada beberapa perangai pemandu yang menjengkelkan Merak Jalanan. Menduduki carta teratas ialah pemandu yang malas mahu menggunakan signal atau lampu isyarat kereta.

Tak kiralah jika nak tukar lorong, nak membelok, keluar masuk simpang atau nak potong kenderaan di hadapan.

Kerap sangat Merak Jalanan berdepan dengan perangai pemandu sebegini.

Merak Jalanan nak ingatkan bahawa lampu isyarat pada kereta bukan untuk perhiasan atau untuk mencantikkan kereta. Membazir jika beli kereta cantik dan besar berkilat tetapi tak pandai nak guna lampu isyarat.

Pemandu kereta di belakang tiada masa nak main teka-teki ke mana arah tuju pemandu di hadapan. Mungkinkah memerlukan tenaga yang banyak untuk memberikan lampu isyarat yang berkelip-kelip tak sampai pun berapa saat?

Perangai lain yang tak kurang menjengkelkan adalah apabila berlaku kemalangan. Kadang-kadang kemalangan tersebut jauh lagi tetapi semua kereta bergerak perlahan, sebab apa?

Sebab ada pemandu yang mungkin rasa terhibur melihat kemalangan, rajin pula tangkap gambar untuk dimuat naik dalam media sosial.

Artikel Berkaitan:

Lebih teruk lagi apabila jalan lain yang terlibat kemalangan, jalan sebelahnya pula yang sesak tidak bergerak langsung.

Tak kurang juga yang memandu secara melulu dan paling bahaya ialah pemandu yang panas baran, selain pembuli jalan raya.

Banyak lagi tabiat buruk pemandu di Malaysia jika mahu disenaraikan. Tabiat buruk inilah sebenarnya yang jadi punca kesesakan lalu lintas dan menambah lagi statistik kemalangan jalan raya. Masalah sikap yang perlu diubah.

Tolonglah jangan lupa diri apabila pegang stereng sehingga tidak ingat nilai sopan dan hormat kepada pemandu lain.