Lebih 30,000 pengunjung dijangka serbu Pesta Morib

Lebih 30,000 dijangka hadir memeriahkan Pesta Morib yang bakal diadakan pada 14 hingga 16 September ini.
Lebih 30,000 dijangka hadir memeriahkan Pesta Morib yang bakal diadakan pada 14 hingga 16 September ini.
A
A
A

BANTING - Lebih 30,000 dijangka hadir memeriahkan Pesta Morib yang akan diadakan pada 14 hingga 16 September ini.

Menariknya, karnival yang dianjurkan itu bakal menggabungkan aktiviti darat, air dan udara.

Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Daerah Kuala Langat, Mohammad Kamal Mohd Ramlan berkata, karnival itu bakal menampilkan lebih daripada 15 acara yang boleh disertai pelbagai lapisan masyarakat.

"Antara acara yang akan dijalankan adalah seperti gerai jualan, pameran dan jualan hartanah, toys fair beyblade, bola sepak pantai, sukaneka rakyat dan pameran motor klasik.

"Selain itu turut dianjurkan persembahan tarian tradisional, persembahan kebudayaan, Kejohanan Paragliding Terbuka Jugra 2019, pertandingan permainan tradisional seperti congkak, kabadi dan xianggi, pertandingan ragbi 10 sebelah, pertandingan memancing, pertandingan membina istana pasir, pertandingan mewarna, Sambutan Hari Malaysia, Morib Fun Run 2019 dan juga pertandingan wau tegak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pantai Morib semalam.

Katanya, pesta tersebut sekaligus dapat merancakkan lagi sektor pelancongan yang terdapat di daerah ini.

Artikel Berkaitan:

Karnival ini bakal menampilkan lebih daripada 15 acara yang boleh disertai pelbagai lapisan masyakat yang hadir.
Karnival ini bakal menampilkan lebih daripada 15 acara yang boleh disertai pelbagai lapisan masyakat yang hadir.

"Pelbagai acara menarik ini akan bermula seawal jam 8 pagi hingga 12 malam.

"Pengunjung atau penduduk daerah ini dapat menyertai pelbagai acara yang akan dijalankan serta bagi membolehkan MDKL dan penduduk menjadi lebih rapat dalam menjalinkan hubungan baik," katanya.

Menurutnya, dengan penganjuran acara sebegini akan memberikan satu peluang meningkatkan ekonomi penduduk setempat melalui peluang perniagaan yang akan adakan di acara tersebut.

"Sebanyak 29 buah khemah jualan yang menawarkan pelbagai barangan seperti makanan, minuman, pakaian, produk IKS dan lain-lain lagi di harapkan dapat membantu sedikit sebanyak penduduk di daerah ini.

"Kemuncak acara adalah pada 15 September 2019 di mana Sambutan Hari Malaysia turut diadakan dengan pelbagai pengisian acara menarik seperti persembahan nyanyian, kebudayaan dan banyak lagi sebelum keesokan harinya akan dilangsungkan Morib Fun Run 2019," katanya.

Jelasnya, pihaknya mengajak seluruh masyarakat khususnya penduduk daerah ini untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan acara ini.

"Selain itu juga, bagi mereka yang ingin mendapatkan sebarang maklumat mengenai Pesta Morib 2019 boleh menghubungi talian 03–3180 3694 (Unit Korporat Dan Perhubungan Awam) dan 03–3180 3140 (Jabatan Pembangunan Masyarakat)," katanya.