Disangka potong pokok rupanya kepala anak saudara

Kepala dan tangan mangsa dipotong bapa saudaranya yang sedang 'bermimpi'.
Kepala dan tangan mangsa dipotong bapa saudaranya yang sedang 'bermimpi'.
A
A
A

MANILA - Gara-gara mabuk, seorang lelaki di Filipina tidak sedar apabila dia terpenggal kepala anak saudara lelakinya dengan gergaji rantai.

Roger Paje, 48, didakwa turut memotong tangan Eduardo Rosquitos selepas memenggal kepala mangsa yang disangka pokok kelapa.

Rosquitos, 30, yang bekerja sebagai buruh binaan maut dalam keadaan mengerikan ketika kejadian di rumah bapa saudaranya itu di perkampungan Bool East di Pulau Biliran pada Ahad lalu.

Saksi, Edgardo Canete memberitahu dia sedang tidur apabila terdengar bunyi gergaji rantai itu dan Canete terkejut selepas melihat kepala Rosquitos terputus daripada tubuhnya.

Bimbang dengan keselamatan dirinya, Canete melompat keluar dari rumah itu melalui tingkap dan melarikan diri.

Difahamkan, trio terbabit mengambil minuman keras pada kira-kira jam 8 pagi (waktu tempatan) pada akhir minggu lalu dan Rosquitos terbunuh kira-kira lima jam kemudian selepas tertidur.

Paje kini ditahan pihak berkuasa dan dia mendakwa tidak sedar dengan apa yang dia lakukan kerana dia bermimpi sedang memotong pokok kelapa.

Canete memaklumkan kepada polis bahawa Paje menutup mata ketika dia melakukan perbuatan itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: