Pakistan pertimbang tutup ruang udara kepada India

Imran Khan
Imran Khan
A
A
A

ISLAMABAD - Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dilaporkan sedang mempertimbangkan langkah penutupan ruang udara kepada India dan menyekat laluan perdagangan negara itu ke Afghanistan melalui Islamabad.

“Perkara itu sudah dicadangkan dalam mesyuarat Kabinet. Keputusan seterusnya sedang dipertimbangkan. #Modi telah memulakan dan kami akan tamatkan!” kata Menteri Sains dan Teknologi, Fawad Chaudhry menerusi Twitter.

Tweet itu bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut tentang mengapa baharu sekarang Islamabad akan mengambil langkah seumpama itu terhadap kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Pada pertengahan bulan lalu, Pakistan membuka semula ruang udara negara itu selepas penutupan selama hampir empat bulan susulan insiden serangan di wilayah Kashmir yang ditadbir New Delhi hingga mencetuskan krisis antara kedua-dua negara nuklear tersebut.

Konflik kembali tercetus selepas tindakan unilateral India membatalkan status autonomi khas di Kashmir hingga membangkitkan kemarahan Pakistan. - Agensi

Artikel Berkaitan: