Peraduan Wayang HibSinar – IT Chapter Two

IT: CHAPTER TWO
IT: CHAPTER TWO
A
A
A

IT Chapter Two

Bahasa: Inggeris

Pengarah: Andy Muschietti

Pelakon: Bill Skarsgard, Jessica Chastain, James McAvoy, Bill Hader

Genre: Seram

Klasifikasi: 18

Tayangan: 5 September 2019

Edaran: Warner Bros. Pictures

*************************************

PASTI ramai yang masih mengingati filem IT yang pernah ditayangkan pada 2017 tentang kisah sekumpulan kanak-kanak yang diganggu badut Pennywise yang cukup menyeramkan itu.

Artikel Berkaitan:

Kini filem yang diadaptasi daripada novel seram tulisan Stephan King ini kembali dengan sekuelnya, IT Chapter Two yang akan tampil dengan kisah terbaharunya melibatkan kanak-kanak sama yang telah menginjak dewasa.

No Image Caption

Filem arahan Andy Muschietti ini merupakan kesinambungan dari filem pertamanya yang mana ia akan mengambil latar masa 27 tahun selepas kejadian pada musim panas 1989.

Kanak-kanak The Losers` Club sudah dewasa dan berpindah jauh membina kehidupan masing-masing sehinggalah satu panggilan telefon memaksa mereka pulang ke Derry, Maine, apabila musuh utama mereka iaitu IT kembali.

No Image Caption



No Image Caption

Mereka bersatu semula bagi menunaikan janji zaman kanak-kanak mereka untuk memusnahkan IT buat selama-lamanya. Bagaimanapun ia bukan sesuatu yang mudah apabila makhluk itu kembali dengan lebih kuat dan menanti ketibaan mereka untuk membalas dendam.

Berjayakah mereka memusnahkan IT? Atau menjadi mangsa kepada keganasan makhluk ini? Dapatkan jawapannya dengan menonton filem IT Chapter Two di pawagam yang berdekatan mulai 5 September 2019.

PERADUAN

Menangi tiket percuma dan menjadi antara yang terawal menonton filem IT Chapter Two – Wayang HibSinar (Sinar Harian) dengan menulis slogan menarik dan kreatif tentang filem ini.

Saya mahu menjadi antara yang terawal menonton filem IT Chapter Two kerana:

.........................................................................................................................................................................................................................

Lengkapkan slogan tersebut beserta info diri anda (Nama Penuh, No K/P, Alamat, No. Telefon) dan emel ke: hiburan.sinar@gmail.com (tarikh tutup: 1 September 2019).

INFO TAYANGAN

Tarikh: 3 September 2019 (Selasa)

Masa: 8 Malam

Lokasi: TGV 1Utama

(Terima kasih: Warner Bros. Pictures)

**Hanya terbuka kepada anda yang menetap di sekitar Lembah Klang sahaja. (Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan terpantas dengan slogan menarik).