Hishammuddin Setiausaha Agung BN baharu?

Hishammuddin Tun Hussein
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dikatakan akan memegang jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu.

Menurut laporan MalaysiaGazette yang memetik sumber, tiga pemimpin BN iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran; dan MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong telah mengadakan perjumpaan malam tadi dan bersetuju dengan sedikit perubahan jawatan dalam komponen BN.

Menurut laporan itu lagi, MIC dan MCA telah bersetuju dengan cadangan supaya jawatan Setiausaha Agung BN diberikan kepada Hishammuddin yang juga bekas Naib Presiden UMNO.

Sumber berkata, Hishammuddin mampu menggalas tanggungjawab tersebut kerana beliau memiliki pengalaman luas dalam politik negara.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Mac lalu memutuskan 'mengembalikan' Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agungnya.

Mesyuarat itu sepakat untuk Tengku Adnan kembali menjalankan tugas itu kerana beliau tidak pernah meletakkan jawatan yang disandangnya itu sebelum ini.

Manakala, pelantikan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai Setiausaha Agung BN selepas Pilihan raya Umun ke-14 (PRU14) itu tidak diperakukan oleh semua komponen BN.

ARTIKEL BERKAITAN: Ku Nan setiausaha BN, bukan Nazri