Keputusan bekalan air berjadual minggu ini

Jimmy (dua dari kiri) pada sidang media berhubung bekalan air di negeri ini.
Jimmy (dua dari kiri) pada sidang media berhubung bekalan air di negeri ini.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri akan mengumumkan keputusan pelaksanaan bekalan air berjadual (BAB) di Kota Tinggi dan Simpang Renggam, hujung minggu ini.

Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pendirian itu diambil selepas melihat perkembangan terkini paras air mentah di dua Loji Rawatan Air (LRA) tersebut.

"Dalam dua hari ini saya sedang 'review' (keputusan) kerana beberapa hari ini hujan turun jadi paras air naik.

"Saya kalau boleh sehari pun tak nak laksanakan BAB. Saya akan buat pengumuman 30 Ogos atau 31 Ogos ini sama ada akan tangguh atau teruskan BAB. Harap-haraplah berita baik," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis pembukaan Pusat Kecemerlangan Realiti Maya (VR) - VRinity di Medini Mall hari ini.

Sebelum ini, beliau mengumumkan beberapa kawasan di daerah Kota Tinggi dan Simpang Renggam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 2 September depan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas dua loji rawatan air di kawasan tersebut mengalami kemerosotan melebihi paras kritikal ekoran fenomena cuaca panas dan kering yang melanda negeri ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengguna agar menggunakan air dengan berhemah.

"Cuma walaupun paras air naik bukan bermaksud semua orang boleh membazir, kena jimat sebab paras air naik cepat, turun pun cepat," katanya.

Artikel Berkaitan: