Awas ribut petir!

A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi (MET) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa buah negeri seperti Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada jam 5.05 petang, pihaknya berkata, amaran tersebut sehingga jam 8 malam ini.

Berdasarkan info grafik kenyataan tersebut, keseluruhan Perak dan Kelantan dijangka mengalami ribut petir.

Selain itu, beberapa daerah seperti Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah dijangkakan turut berdepan dengan situasi tersebut.

Manakala di Selangor pula, kawasan seperti Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Gombak dijangka terlibat.