Syarat wali memaksa anak berkahwin

A
A
A

KEBANYAKAN drama di kaca televisyen pada hari ini memaparkan kisah masyarakat yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan pilihan ibu bapa.

Lalu akhirnya, timbul konflik perkahwinan pada kemudian hari.

Ya, memang diakui seorang bapa sebagai wali kepada anak perempuan itu boleh memaksa puterinya berkahwin.

Persoalannya, apakah ada syarat-syarat tertentu untuk memaksa anaknya berkahwin?

Sebenarnya, hukum asal perkahwinan ialah sunat yang amat dituntut oleh Nabi Muhammad SAW. Wali perkahwinan ialah salah satu daripada rukun dalam pernikahan.

Dalam feqah Mazhab Syafie, memang wali boleh memaksa anaknya untuk dikahwinkan secara paksa yang dikenali sebagai wali mujbir.

Imam al-Khatib Syirbini di dalam kitabnya yang terkenal menghuraikan beberapa syarat wali mujbir iaitu tidak ada persengketaan, pernikahan sekufu (setara pengantin lelaki dan wanita), bukan lelaki yang memudaratkan anak, tidak dalam ihram haji atau umrah dan lelaki mampu membayar mahar.

Adapun majoriti ulama seperti Syafie, Imam Malik dan selainnya meletakkan syarat bahawa lelaki itu tidak memudaratkan si anak.

Artikel Berkaitan:

Namun, seharusnya ada perbincangan dan penyelesaian yang baik untuk manfaat bersama bagi si wanita dan juga walinya.

Kedua-dua pihak iaitu wanita dan walinya mempunyai peranan yang penting untuk menjadikan mahligai yang dibina kekal.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan Fellow Pertubuhan Multaqa Asatizah & Duat (Murshid), pendakwah dan penulis.