Judi haram: Bintang K-Pop, Seungri dipanggil beri keterangan

Seungri - Foto AFP/Jung Yeon-je
Seungri - Foto AFP/Jung Yeon-je
A
A
A

SEUNGRI, bekas anggota kumpulan K-pop BIGBANG dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaan terlibat dengan perjudian haram di luar negara, lapor agensi berita Yonhap.

Muncul dengan berpakaian rasmi, bintang K-pop itu mengatakan beliau akan memberikan kerjasama dan meminta maaf kerana 'mencetuskan kebimbangan'.

Beliau bagaimanapun, enggan menjawab soalan diajukan wartawan mengenai kes perjudian haram itu.

Awal bulan ini, polis menahan Seungri dan Yang Hyun-suk, bekas ketua agensi pengurusan BIGBANG, YG Entertainment.

Kedua-duanya didakwa terbabit dengan perjudian haram di luar negara dan menyimpan duit diperoleh secara tidak sah yang melanggar Akta Transaksi Pertukaran Asing.

Rangkaian stesen JTBC melaporkan, Seungri dan Yang sering mengunjungi kasino di hotel Las Vegas dan melakukan aktiviti perjudian bernilai jutaan dolar.- Bernama

Artikel Berkaitan: