Kedai terbakar, 13 motosikal hangus

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di sebuah kedai motor di Jalan Lumba Kuda pagi tadi.
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di sebuah kedai motor di Jalan Lumba Kuda pagi tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 13 buah motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah kedai motor di Jalan Lumba Kuda pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru, Timbalan Penguasa Bomba Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.52 pagi sebelum 12 anggota membabitkan tiga jentera daripada BBP Johor Bahru dikerahkan ke tempat kejadian.

"Satu jentera melibatkan lapan anggota dari BBP Johor Jaya turut membantu dalam operasi ini," katanya.

Suhaimi berkata, setibanya di tempat kejadian, didapati benar berlaku kebakaran kedai motor berukuran 22x50 kaki jenis separuh kekal telah musnah 85 peratus, manakala kesemua 13 kenderaan musnah 95 peratus.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku berikutan ketika kejadian, tiada pekerja atau penghuni di dalam bangunan.

Beliau berkata, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: