[DIKEMASKINI] Beberapa pilihan raya masih akan berpaksikan politik berasas kaum, kata KJ

Khairy semasa berucap di Seminar Pasca PRU14
Khairy semasa berucap di Seminar Pasca PRU14
A
A
A
GOMBAK - Sama ada rakyat Malaysia suka atau tidak, beberapa pilihan raya umum akan datang di negara ini masih akan berpusat kepada politik berasas kaum.

Menurut Ahli Parlimen Rembau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, politik kaum akan terus bertahan di negara ini, namun beliau memuji Presiden PKR, Anwar Ibrahim kerana berani menubuhkan parti berbilang kaum.

"Politik identiti sentiasa ada. Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO, beliau telah mendirikan sebuah parti yang kelihatan seperti UMNO, sebuah parti yang berasaskan orang Melayu.

"Itu mencerminkan pemikiran Mahathir, bagaimana beliau melihat politik di negara ini dan bagaimana rakyat Malaysia juga melihatnya. Saya tidak fikir ini akan berubah,” katanya pada Seminar Pasca PRU14: Implikasi kepada PRU15 yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Khairy semasa berucap di Seminar Pasca PRU14: Implikasi kepada PRU15 yang berlangsung di UIAM hari ini.
Khairy semasa berucap di Seminar Pasca PRU14: Implikasi kepada PRU15 yang berlangsung di UIAM hari ini.



Bekas menteri Kabinet itu berkata, UMNO dan Pas sendiri sudah merasai kelebihan kerjasama rapat tersebut dan dijangka menghebatkan lagi politik identiti kaum.

Bagaimanapun, Khairy menambah beliau diasingkan daripada politik kaum kerana tidak bersetuju dengan politik identiti itu.

Pasca PRU14 menyaksikan tiga kemenangan BN iaitu dalam PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau, manakala Pakatan Harapan memenangi PRK Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong, Port Dickson dan Sandakan.

Katanya, kejayaan BN dalam tiga PRK itu telah mempercepatkan ‘perkahwinan’ UMNO dan Pas.

Artikel Berkaitan: