Dana beli van belum cukup

Gambar contoh reka letak tulisan dan logo pada van Cakna Kemaman yang mahu dibeli.
Gambar contoh reka letak tulisan dan logo pada van Cakna Kemaman yang mahu dibeli.
A
A
A

CHUKAI - Dana terkumpul untuk pembelian van Pertubuhan Cakna Anak Yatim (Cakna) Kemaman yang dikutip sejak Julai lalu setakat ini masih belum mencukupi.

Jurucakap Cakna Kemaman, Azmi Ismail berkata, susulan itu pihaknya sangat mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai atau mana-mana pihak yang prihatin.

Katanya, van yang mahu dibeli itu dianggarkan berharga RM120,000 dan ia untuk kegunaan rasmi Cakna Kemaman serta penghuni pusat tahfiz anak yatim perempuan pertubuhan itu, Hafizatul Quran.

"Kita perhebatkan lagi kerja-kerja mengumpul dana ini untuk pembelian van kerana sasaran kita sempena tahun baharu nanti, kita dapat sediakan satu lagi kemudahan baharu kepada anak-anak yatim Kemaman.

"Sekarang kita terpaksa menyewa kenderaan untuk pergerakan anak-anak yatim dalam program-program bersama masyarakat," katanya.

Menurut Azmi, dengan adanya sebuah van sendiri, Cakna Kemaman dan Hafizatul Quran dapat berjimat dan ia dapat dipakai pada bila-bila masa termasuk ketika menghadapi kes kecemasan.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya juga masih menggumpul dana untuk pembelian pakaian sekolah anak-anak yatim yang berdaftar dengan pertubuhan mereka.

Tambah Azmi lagi, mereka yang terpanggil untuk membantu mengisi dana-dana itu boleh menyalurkan sumbangan terus ke akaun atas nama Pertubuhan Cakna Anak Yatim Kemaman yang bernombor 13026010051519 bagi Bank Islam atau 563028607106 (Maybank).

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan juga boleh menghubungi Azmi secara terus menerusi talian 013-9211711.