Maut angkara kerbau

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas melanggar seekor kerbau. (Gambar kecil:Mohd Jafri Mohd Kassim)
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas melanggar seekor kerbau. (Gambar kecil:Mohd Jafri Mohd Kassim)
A
A
A

KEMAMAN - Angkara seekor kerbau, seorang pembantu operasi sekolah maut apabila terlanggar haiwan itu yang melintas jalan secara tiba-tiba dalam kejadian di Jalan Mak Lagam-Cheneh berhadapan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Kemaman, di sini, kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi.

Mangsa, Mohd Jafri Mohd Kassim, 34, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan.

Lebih memilukan, kemalangan itu berlaku tidak jauh dari tempat tinggal mangsa di Kuarters Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam.

Ketika kejadian mangsa yang bertugas SMK Bukit Kuang, di sini, dipercayai baharu keluar dari rumahnya dan dalam perjalanan ke arah Chukai.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda seorang diri dipercayai gagal mengelak seekor kerbau yang melintas jalan secara mengejut.

"Kerbau yang melintas secara tiba-tiba dari kanan ke kiri jalan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh binatang itu sebelum mangsa terjatuh ke atas jalan.

"Berikutan itu mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan motosikalnya rosak di bahagian hadapan," katanya.

Menurut Mohd Said, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.