JKKP keluarkan 155 notis kepada kontraktor

Izani (dua dari kanan) melihat pelan projek ketika melawat sebuah tapak projek pembinaan di Seremban 2.
Izani (dua dari kanan) melihat pelan projek ketika melawat sebuah tapak projek pembinaan di Seremban 2.
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Sembilan telah mengeluarkan sebanyak 155 notis pembaikan dan larangan kepada kontraktor tapak pembinaan di seluruh negeri ini.

Pengarah JKKP Negeri Sembilan, Izani Mohd Zain berkata, ia membabitkan pemeriksaan di 41 lokasi tapak projek pada bulan Mac dan sepanjang bulan ini dalam Operasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

"Antara kesalahan utama yang dilakukan ialah tepian terbuka yang melibatkan kerja-kerja di tempat tinggi, tiada pelan kerja bagi aktiviti mengangkat, tiada pengendali perencah kompeten dan ketiadaan laluan keluar masuk yang selamat ke perencah dan lubang korekan.

"Selain itu sebanyak 126 kawasan kerja disita dan kegagalan mematuhi perundangan ditetapkan membolehkan majikan atau kontraktor didenda maksimum sehingga RM50,000 bagi setiap kesalahan disabitkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Penutupan Operasi KKP di Tapak Bina Peringkat Negeri Sembilan 2019 di Seremban 2 di sini hari ini.

Izani (tengah) membuat pemeriksaan pada sebuah tapak projek pembinaan di Seremban 2.
Izani (tengah) membuat pemeriksaan pada sebuah tapak projek pembinaan di Seremban 2.

Menurutnya, hanya satu kes yang telah dituduh di mahkamah dan terdapat 77 kes kesalahan kompaun dengan jumlah keseluruhan RM67,500.

Selain itu katanya, terdapat satu kes kematian direkodkan pada bulan Mac di Port Dickson manakala tiada kes hilang upaya kekal (HUK) dan Tidak Hilang Upaya Kekal (THUK).

Artikel Berkaitan:

"Garis panduan KKP di industri pembinaan atau OSHCIM Guideline dinyatakan menjadi tanggungjawab pemilik projek terhadap tapak pembinaan masing-masing terutama dalam memastikan garis panduan KKP dipatuhi sekali gus mengelak berlaku kemalangan di tempat kerja.

"'Road Tour' bagi penyebaran maklumat berkenaan OSHCIM Guideline ini akan diperluaskan di negeri ini melalui seminar yang akan dijalankan Oktober ini," katanya.