Pencemaran Pasir Gudang: Lagi kes murid loya, muntah

Murid mula menunjukkan simptom beberapa jam selepas sesi persekolahan bermula. - Foto Rafee
Murid mula menunjukkan simptom beberapa jam selepas sesi persekolahan bermula. - Foto Rafee
A
A
A

PASIR GUDANG - Seramai 32 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dikejarkan ke sebuah klinik di sini selepas mengadu loya dan pening pagi tadi.

Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Isu Pencemaran Alam Sekitar, Mohd Rafee Abdullah berkata, kira-kira jam 9.45 pagi beberapa orang murid dikesan mengalami simptom pencemaran udara seperti sebelum ini.

"Saya dapat maklumat jam 8.30 pagi tadi dan terus datang ke sekolah untuk buat pemantauan. Dalam jam 9.45 pagi ada pelajar dah mula muntah dan pening.

Memang ada terbau sesuatu masa ronda, mata saya pun jadi pedih serta tekak rasa perit dan mual," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor mengesahkan telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.15 pagi tadi.

"Satu unit EMRS, sebuah jentera, bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan.

"Maklumat mengenai kejadian akan dikemaskini seberapa segera," katanya.

Artikel Berkaitan:

Keadaan murid di SK Taman Pasir Putih. - Foto Rafee
Keadaan murid di SK Taman Pasir Putih. - Foto Rafee