22 pengusaha ikan sangkar rugi lebih RM2 juta

Sebahagian pengusaha ikan sangkar terpaksa menaikkan ikan ternakan yang mati dipercayai akibat kekurangan oksigen untuk dilaksanakan ujikaji oleh DOF.
Sebahagian pengusaha ikan sangkar terpaksa menaikkan ikan ternakan yang mati dipercayai akibat kekurangan oksigen untuk dilaksanakan ujikaji oleh DOF.
A
A
A

PARIT BUNTAR - Lebih 22 pengusaha ikan sangkar di perairan Tanjung Piandang di sini mengalami kerugian lebih RM2 juta apabila lebih separuh daripada pelbagai ikan marin diternak mereka mati dipercayai akibat perubahan kualiti air.

Lebih menyedihkan, sekurang-kurangnya 50 peratus jumlah ikan diternak kesemua pengusaha itu dikenal pasti mati dalam tempoh singkat.

Jurucakap Jabatan Perikanan daerah Kerian dalam satu kenyataan berkata, antara jenis ikan diternak di sangkar berkenaan adalah spesies ikan merah, siakap, jenahak dan bawal emas.

Menurutnya, kesemua ikan yang mati adalah bersaiz tiga inci dan ke atas.

Wakil Jabatan Perikanan Negeri Perak berbincang dengan sebahagian pengusaha ternakan ikan sangkar di Perairan Tanjung Piandang, Parit Buntar yang mengalami kerugian lebih RM2 juta sejak malam semalam akibat ikan ternakan mati.

"Susulan itu, wakil Jabatan Perikanan Negeri (DOF) Perak telah pun ke lokasi sangkar hari ini dan cawangan Biosekuriti DOF Perak telah mengambil sampel air di lokasi untuk diuji di makmal FRI Batu Maung, Pulau Pinang.

"Manakala sampel ikan juga turut diambil untuk analisa penyakit di makmal DOF Pulau Pinang," katanya.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan punca kematian ikan berkenaan disebabkan perubahan kualiti air, bagaimanapun perkara itu hanya dapat disahkan selepas keputusan ujian diperoleh.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, wakil pengusaha ikan sangkar, Tan Swee Lim, 65, berkata, pihaknya mengetahui ikan ternakan mereka mati pada jam 7 malam semalam dan kejadian itu amat mengejutkan semua.

Keadaan ternakan ikan sangkar jenis ikan merah diusahakan Swee Lim yang mati mengejut dipercayai akibat kekurangan oksigen dalam air laut di Perairan Tanjung Piandang sejak malam tadi. (Swee Lim)
Keadaan ternakan ikan sangkar jenis ikan merah diusahakan Swee Lim yang mati mengejut dipercayai akibat kekurangan oksigen dalam air laut di Perairan Tanjung Piandang sejak malam tadi. (Swee Lim)

Menurutnya, kejadian ikan ternakan mati itu berlaku sejak dua hari lalu dan mengakibatkannya mengalami kerugian lebih RM200,000.

"Kami tidak menolak kemungkinan air laut di kawasan penternakan ikan sangkar kekurangan oksigen apabila bacaan dicatatkan rendah daripada bacaan oksigen standard.

"Susulan itu, kami bingung memikirkan nasib kami pada masa hadapan kerana jumlah kerugian ditanggung oleh setiap pengusaha adalah daripada paling kurang RM200,000 sehingga mencecah lebih RM1 juta.

"Saya sendiri sudah mengalami situasi sama sebanyak dua kali dan berharap kali ini kerajaan dapat mencari jalan membantu kami mengusahakan semula ternakan ikan sangkar yang terjejas dalam masa terdekat," katanya.