Lebih 500 warga KKJ tonjol semangat patriotisme

Mohd Izhar bersama warga KKJ mengibarkan Jalur Gemilang.
Mohd Izhar bersama warga KKJ mengibarkan Jalur Gemilang.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sambutan Hari Kebangsaan yang bakal menjelang beberapa hari lagi diraikan penuh meriah lebih 500 warga Kolej Kemahiran Johor (KKJ), hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd Izhar Ahmad berkata, penglibatan warga KKJ yang berbilang kaum dalam program itu memperlihatkan betapa kukuhnya semangat perpaduan di peringkat kolej.

"Ia menepati hasrat dan aspirasi sambutan kemerdekaan yang diadakan.

"Ini kerana kesepakatan dan perpaduan antara kaum menjadi penggerak utama kepada agenda pemerkasaan integriti nasional selain mampu mempercepatkan usaha-usaha pengisian kemerdekaan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Ambang Kemerdekaan peringkat KKJ.

Hadir sama, Timbalan Ketua Eksekutif (Pentadbiran, Sumber Manusia dan Kewangan) KKJ, Sadullah Mohidin; Timbalan Ketua Eksekutif (Kemahiran, Pemasaran, Hal Ehwal Pelajar dan Korporat) KKJ, Abdullah Omar serta Ketua KKJ, Rozita Mustafa.

Mohd Izhar berkata, kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan bendera, sebaliknya ia adalah usaha rakyat terutama warga KKJ memerdekakan diri dari sebarang unsur negatif.

"Sambutan bulan kemerdekaan sangat penting sebagai didikan kepada generasi baharu agar menghargai pengorbanan dan perjuangan generasi terdahulu sebab itulah pentingnya program-program kemerdekaan ini diisi pelbagai acara yang dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar," katanya.

Artikel Berkaitan: