Himpunan Penyatuan Ummah tak ancam bukan Islam

Idris (dua dari kanan) bersama pimpinan Umno dan Pas yang hadir pada Majlis Ceramah Penyatuan Ummah 'Piagam UMNO Pas Penentu Masa Depan Ummah di Malaysia' di Dataran Tan Sri Zainal Dahlan di sini malam tadi.
Idris (dua dari kanan) bersama pimpinan Umno dan Pas yang hadir pada Majlis Ceramah Penyatuan Ummah 'Piagam UMNO Pas Penentu Masa Depan Ummah di Malaysia' di Dataran Tan Sri Zainal Dahlan di sini malam tadi.
A
A
A

SABAK BERNAM - Penganjuran Himpunan Penyatuan Ummah sempena pemeteraian piagam dan memorandum persefahaman (MoU) antara Pas serta UMNO diyakini tidak mengancam bukan Islam di negara ini.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, perhimpunan itu tidak menggugat bukan Islam memandangkan perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebelum ini yang menghimpunkan hampir sejuta umat Islam berjalan penuh keharmonian.

"Malah, tidak ada sebuah kedai bukan Islam pun dirosakkan dan diganggu pada perhimpunan ICERD.

ARTIKEL BERKAITAN: 10,000 dijangka hadiri Himpunan Penyatuan Ummah #HPU914

"Kita kaum Melayu beragama Islam ini tahu dosa dan pahala, tentang (kewujudan) syurga serta neraka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Ceramah Penyatuan Ummah 'Piagam UMNO Pas Penentu Masa Depan Ummah di Malaysia' di Dataran Tan Sri Zainal Dahlan, di sini malam tadi.

Ditanya berapa jangkaan penyokong kedua-dua parti hadir pada perhimpunan itu, Idris berkata, lebih 10,000 dijangka hadir pada 14 September depan.

Katanya, persiapan perlaksanaan penganjuran piagam dan MoU yang menghimpunkan ahli Pas dan UMNO seluruh negara itu berjalan lancar.

Artikel Berkaitan:

Malah, katanya jawatankuasa pelaksana diketuai setiausaha agung Pas dan UMNO serta jawatankuasa teknikalnya kerap mengadakan pertemuan antara satu sama lain.

"UMNO dan PAS sudah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama antara satu dengan lain dan kita berharap program ini dilaksanakan dengan jayanya," katanya.