Ular tedung terlepas cetus panik

Pasukan bomba dikerah untuk menjejaki reptilia berbahaya itu.
Pasukan bomba dikerah untuk menjejaki reptilia berbahaya itu.
A
A
A

BERLIN - Penduduk di sebuah bandar di Jerman semalam gempar selepas seekor ular tedung senduk dilaporkan terlepas.

Reptilia sepanjang satu meter yang patukannya boleh membawa maut dilaporkan hilang sejak Ahad lalu selepas ia terlepas daripada kurungan pemiliknya di barat bandar terbabit.

Penduduk di empat bangunan di kawasan di mana ular itu kali terakhir dilihat turut dipindahkan manakala komuniti sekitar dinasihatkan menutup kesemua pintu dan tingkap serta memastikan rumput dipotong pendek.

Pihak berkuasa memaklumkan bangunan yang dikosongkan akan terus dipantau untuk mengesan sebarang jejak haiwan berbisa itu.

"Sudah tentu ini menyusahkan penduduk, namun keselamatan perlu diutamakan. Kami percaya ular itu ada bersembunyi dalam bangunan tersebut," kata jurucakap perbandaran.

Salah satu kaedah yang digunakan termasuk menggunakan tepung yang ditabur pada bangunan terbabit dengan harapan ia akan meninggalkan jejak.

"Kami sedang menunggu penilaian pakar ular," ujarnya lagi.

Difahamkan, kira-kira 20 ular lain koleksi pemilik reptilia berbahaya itu turut dirampas. - AFP

Artikel Berkaitan: