PPD Pekan bantu mangsa kebakaran

Mohd Razali (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Muhd Afiq Firdaus.
Mohd Razali (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Muhd Afiq Firdaus.
A
A
A

PEKAN - Pejabat Pendidikan Daerah Pekan dan Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Bhd menyampaikan sumbangan RM1,500 kepada keluarga mangsa kebakaran di sini, petang semalam.

Pegawai PPD Pekan, Mohd Razali Mustafar berkata, sumbangan itu disampaikan pihaknya kepada Muhd Afiq Firdaus Mohd Zaid, 15, yang merupakan pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Peramu Jaya bagi meringankan sedikit bebanan keluarga murid tersebut setelah kemusnahan 100 peratus harta benda mereka.

"Muhd Afiq Firdaus mempunyai seorang adik yang belajar di darjah empat Sekolah Kebangsaan Seri Maulana dan mempunyai seorang lagi abang Muhd Iqbal Zukri, 20 tahun.

"Tiga beradik itu merupakan anak kepada pasangan Mohd Zaid Abdullah, 54 dan Nor Khadijah Ibrahim, 48. Keluarga ini ditimpa musibah kebakaran rumah mereka di Kampung Batu 1 Taman Rendang Ezora di sini, Isnin lalu, namun mujurlah mereka semua selamat tetapi alami kerugian harta benda.

"Pihak warga PPD Pekan, SK Seri Maulana dan SMK Peramu Jaya bersimpati akan keadaan keluarga mangsa dan turut menyampaikan bantuan berupa pakaian dan keperluan sekolah serta wang tunai," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau turut mendoakan keluarga tersebut tabah mengharungi ujian dan berdoa agar ramai lagi tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan kesedihan keluarga tersebut.

Artikel Berkaitan: