Kesalahan trafik: Pelajar, ibu bapa disaman

Antara yang ditahan untuk pemeriksaan dalam Ops Didik di hadapan sekolah SMK Sijangkang Jaya, hari ini.
Antara yang ditahan untuk pemeriksaan dalam Ops Didik di hadapan sekolah SMK Sijangkang Jaya, hari ini.
A
A
A

KUALA LANGAT - Tindakan tegas dikenakan terhadap pelajar dan ibu bapa dalam Ops Didik di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, di sini hari ini.

Dalam operasi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) serta Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, sebanyak 118 saman dikeluarkan terhadap pelajar dan ibu bapa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, operasi hasil aduan awam ini dibuat bermula jam 12 tengah hari.

"Berdasarkan pecahan saman yang dikeluarkan, sebanyak 90 daripadanya dikeluarkan terhadap pelajar, manakala 28 lagi terhadap ibu bapa.

"Saman ini dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 125 buah motosikal pelbagai jenis seperti Yamaha 135, Modenas dan Yamaha 125," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, dalam operasi selama dua jam itu, antara kesalahan utama yang dikesan adalah tidak memakai topi keledar selain tiada lesen memandu.

Katanya, beberapa kesalahan lain yang dikesan adalah tiada cukai jalan, tiada cermin sisi serta kesalahan nombor plat.

"Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Kesalahan ini bukan sahaja membahayakan diri, sebaliknya kepada pemandu lain juga.

Artikel Berkaitan:

"Sudah tentu apabila pemandu tidak mempunyai lesen memandu, mereka juga tidak dilindungi insurans yang berkaitan dengan tuntutan sivil dan sebagainya," katanya.