Yang perkenal dan bantah orang PH, tapi pembangkang yang salah?

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad kerana asyik menyalahkan pembangkang.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, adakah Khalid sedar bahawa banyak isu sensitif yang timbul ketika ini disebabkan oleh suara kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan bukan berpunca daripada pembangkang.

"Dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini dilaporkan bahawa masalah perkauman semakin meruncing malah dikatakan paling teruk dalam sejarah terbaru negara.

"Yang perkenalkan pengajaran khat, kerajaan PH. Yang bantah khat, DAP dan PKR. Yang gelar Dong Zong rasis dan mahu diharamkan, PM ketujuh. Yang pertahankan Dong Zong, DAP dan PKR. Yang bantah Zakir Naik, Syed Saddiq. Yang sokong Zakir Naik, Syed Saddiq," katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Tambahnya lagi, selepas apa yang berlaku itu, Khalid masih menyalahkan pihak pembangkang kerana timbulkan isu.

"Akal. Mana akal?" soalnya sinis.

Najib berkata demikian ketika merujuk kenyataan Khalid menerusi sebuah artikel yang berjudul 'Khalid Samad tuduh pembangkang timbulkan isu perkauman'.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu perkauman meruncing akibat dicetuskan pihak tertentu: Khalid

Artikel Berkaitan: