Tarian singa, naga tidak perlu lesen daripada KBS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan yang aktiviti tarian singa dan tarian naga tidak memerlukan permohonan lesen daripada kementerian berkenaan.

KBS dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, aktiviti termasuk pertandingan tarian singa dan tarian naga yang bersifat kebudayaan tidak memerlukan permohonan lesen daripada KBS.

Menurutnya, KBS ingin memperbetulkan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan sebarang aktiviti tarian singa dan tarian naga perlu memohon lesen daripada kementerian berkenaan.

“Tarian singa dan tarian naga adalah aktiviti kebudayaan. Ia tidak tertakluk di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

“KBS melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan hanya mengawal selia perkara yang berkaitan sukan,” kata kenyataan itu lagi.

Jelasnya, sebarang pertanyaan lanjut mengenai isu berkenaan boleh diajukan kepada pihak KBS.

Artikel Berkaitan: