DAP hormati keputusan Paul Yong untuk bercuti

Anthony Loke Siew Fook
Anthony Loke Siew Fook
A
A
A

SEREMBAN - DAP menerima dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Bendahari DAP Perak, Paul Yong Choo Kiong yang mengumumkan untuk bercuti daripada tugasan rasminya sebagai ahli Exco kerajaan negeri bagi memberi tumpuan kepada perbicaraan tuduhan kes merogol pembantu rumah yang dihadapi.

Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya telah dimaklumkan dengan keputusan tersebut dan menerima baik langkah yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu.

“Kita hormati keputusan dan pendirian yang dibuat oleh beliau,” katanya ketika ditemui dekat Wisma TNB, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Paul Yong.

Jumaat lalu, Paul Yong mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol pembantu rumahnya di sebuah bilik di tingkat atas kediamannya di Jalan Desa Meru 2, Taman Desa Meru, dekat sini, antara jam 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai lalu.

Bagaimanapun, Paul Yong yang menyandang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri tetap bertegas mahu meneruskan perkhidmatannya sebagai wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tronoh.

ARTIKEL BERKAITAN: Paul Yong akur bercuti dari tugas rasmi

Exco Perak mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol

Artikel Berkaitan: