UiTM jalin hubungan akademik serantau

Shaiful Annuar Khalid (tengah) ketika mengadakan kunjungan ke Indonesia bagi menjalinkan kerjasama dengan dua buah universiti baru-baru ini.
Shaiful Annuar Khalid (tengah) ketika mengadakan kunjungan ke Indonesia bagi menjalinkan kerjasama dengan dua buah universiti baru-baru ini.
A
A
A

MERBOK - Kerjasama antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan institusi di Indonesia diharapkan mampu tingkatkan akademik serantau sekaligus memberi impak positif secara global.

Rektor UiTM Kedah, Profesor Madya Dr Shaiful Annuar Khalid berkata, pihaknya akan memastikan hubungan kerjasama itu akan memberikan manfaat secara keseluruhannya kepada sektor akademik serta membantu kesarjanaan kakitangan universiti dan juga masyarakat sekitar kampus.

Menurutnya, beliau juga akan memastikan kemajuan bidang akademik serantau dijadikan teras dalam perancangan pemacuan UiTM Kedah terutamanya untuk tahun 2020.

"UiTM Kedah secara rasminya telah memeterai memorandum persefahaman dan jalinan kerjasama dengan dua buah universiti iaitu Universitas Mataram, Lombok dan Universitas Sarjanawiyata Tamansiswa, Yogyakarta yang mana kerjasama ini diharapkan mampu mencipta lebih banyak kejayaan," katanya.

Beliau berkata, Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Kedah diberi mandat untuk menjalankan pelbagai aktiviti akademik termasuklah pertukaran staf dan pelajar antara kedua-dua buah universiti.

"Kita akan beri perhatian kepada aspek perhubungan akademik melalui pertukaran ilmu dan kepakaran berkaitan penyelidikan, penelitian inovasi pembelajaran dan pengajian serta pembangunan nilai-nilai kebudayaan serantau," katanya.

Artikel Berkaitan: