Mayat bayi dalam tong sampah

No Image Caption
A
A
A

SERI KEMBANGAN - Mayat bayi perempuan masih bertali pusat dan dibalut dengan kain berwarna hitam ditemui di tong sampah pangsapuri Taman Bukit Serdang di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, Balai Polis Seri Kembangan menerima maklumat berhubung penemuan mayat bayi itu daripada orang awam kira-kira jam 4.30 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan.

"Siasatan lanjut oleh Pasukan Polis Forensik Selangor mendapati bayi perempuan itu dipercayai baru lahir kerana mempunyai tali pusat dan uri.

"Mayat bayi itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain berwarna hitam. Sehelai coli serta seluar dalam perempuan turut ditemui berdekatan dengan mayat bayi," katanya.

Beliau berkata, mayat bayi tersebut dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Katanya, polis sedang giat melakukan siasatan bagi mendapatkan maklumat di kawasan sekitar.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta tampil ke balai polis berdekatan.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.