Teknologi Ai kenal pasti penjenayah

KEJAYAAN penggunaan teknologi AI di China dalam memerangi jenayah.
KEJAYAAN penggunaan teknologi AI di China dalam memerangi jenayah.
A
A
A

TEKNOLOGI pengecaman muka dengan perisian kecerdasan pembuatan (Ai) China berjaya membantu pihak berkuasa negara republik itu menangkap penjenayah termasuk suspek pembunuhan.

Perkembangan kemajuan Ai negara itu kian berkembang sehinggakan ada khabar angin yang menyatakan tenaga manusia yang dikerah untuk kerja-kerja keselamatan tidak mustahil akan diambil alih teknologi robotik Ai satu hari nanti.

Terkini, pihak berkuasa Wilayah Zhengzhou juga mempraktikkan teknologi perangi jenayah dengan inovasi AI berbentuk cermin mata yang mampu mengenal pasti identiti individu dalam yang berada dalam kelompok orang ramai.

Ketua Hal Ehwal Politik dan Undang-Undang Parti Komuniti China, Peng Jianzhu sangat gembira mengenai kejayaan penggunaan teknologi AI di negara itu dalam memerangi jenayah.

"Perisian kecerdasan pembuatan itu dapat menyelesaikan tugas dengan ketepatan dan kecepatan yang tidak dapat ditandingi manusia, secara drastik akan meningkatkan kecenderungan kecekapan pengurusan sosial," katanya.

Terdahulu, dalam kes pembunuhan membabitkan seorang wanita yang dibunuh kekasihnya di Wilayah Fujian, China itu mendapat laporan meluas media setempat kerana menggunakan wajah si mati untuk proses pinjaman wang.

Bagaimanapun sistem pengecaman muka yang canggih diguna pakai syarikat peminjam wang dalam talian itu berjaya membongkar tindakan kejam lelaki berusia 29 tahun yang cuba melupuskan mangsa selepas gagal.

Sistem pengecaman wajah dengan perisian Ai yang diguna pakai syarikat pinjaman wang itu sebelum ini digunakan untuk mengesan peminjam yang berpotensi dan perisian canggih itu diguna pakai untuk mengesahkan identiti peminjam.

Artikel Berkaitan:

Menariknya, software pinjaman wang dalam talian itu mengesan sesuatu yang aneh apabila perisian AI gagal mengesan pergerakan bola mata mangsa selepas mukanya digunakan untuk memohon pinjaman wang terbabit.