Kebakaran hutan dan gaya hidup hijau

No Image Caption
A
A
A

KEBAKARAN yang berlaku di hutan hujan Amazon masih lagi belum berjaya dipadamkan dan ratusan kebakaran baharu dilaporkan semalam.

Begitu juga kebakaran 800,000 hektar hutan kering Chiquitano di Bolivia yang telah memusnahkan sistem ekologi hutan kering tropika terbesar di dunia itu.

Menurut pakar, sistem ekologi hutan yang musnah akibat kebakaran itu mengambil masa kira-kira dua abad untuk pulih.

Semua ini berpunca daripada kegiatan pembalakan haram dan pencerobohan hutan secara berleluasa.

Malaysia juga turut mengalami musibah yang sama iaitu kebakaran di Gelang Patah dan Iskandar Puteri sehingga menyebabkan sekolah perlu ditutup akibat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang kurang sihat.

Kebakaran hutan bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan kerana amat sukar untuk dipadamkan dan mampu memberi masalah lain seperti jerebu dan kerosakan sistem ekologi.

Bukan mudah untuk kita membina semula hutan yang telah musnah apatah lagi hutan sebesar Amazon.

Bumi kita telah memasuki usia-usia terakhir dan pada umur ini bumi amat memerlukan hutan untuk terus boleh bernafas.

Artikel Berkaitan:

Tanpa hutan simpan sukar untuk kita memelihara keseimbangan ekosistem bagi memastikan generasi akan datang dapat merasai keindahan flora dan fauna.

Bukan mudah untuk jaga hutan, yang mudah adalah rosakkan hutan dan buat pembangunan.

Sayangilah bumi kita dengan mengamalkan gaya hidup hijau dan cara yang mudah adalah dengan tidak menggunakan straw atau penyedut minuman serta beg plastik.

Jangan buat pembakaran terbuka dan kurangkan penggunaan pendingin hawa di rumah, dengan cara ini kita mampu untuk tidak menyumbang kepada pemanasan global.

Tak susah pun untuk amalkan gaya hidup hijau tanpa straw dan beg plastik. Merak Jalanan sendiri dah cuba tak guna straw ketika memesan minuman di kedai.