Tujuh penuntut, aktivis sertai protes ditahan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai tujuh penuntut dan seorang aktivis ditahan selepas menyertai protes di hadapan kolej pengajian mereka di Ara Damansara, Kelana Jaya, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, mereka yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 26 tahun ditahan selepas enggan bersurai ketika mengadakan perhimpunan kira-kira jam 5 petang, walaupun polis meminta berbuat demikian.

“Perhimpunan itu disertai kira-kira 50 individu dengan diketuai seorang aktivis sebuah parti politik yang tidak berpuas hati dengan kolej berkenaan kerana membuang dua penuntutnya disebabkan tidak dapat membayar yuran pengajian.

“Berikutan itu kita telah menahan tujuh orang penuntut termasuk seorang wanita dan seorang aktivis kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Menurutnya, mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kelana Jaya, untuk membantu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas - Bernama

Artikel Berkaitan: