Tun Siti Hasmah alami keracunan makanan

Tun Dr Siti Hasmah
Tun Dr Siti Hasmah
A
A
A

PUTRAJAYA - Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mendapatkan rawatan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur kerana mengalami keracunan makanan.

Jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata, Dr Siti Hasmah dilaporkan berada dalam keadaan yang baik dan tidak serius.

"Beliau berada tidak sihat sedikit. Keracunan makanan yang tidak serius," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tular satu hantaran di laman Facebook yang mengatakan Dr Siti Hasmah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Prince Court hari ini.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadamkan oleh pengirim selepas mendapat tahu perkara yang sebenar.

Jelas jurucakap itu, Dr Siti Hasmah yang sudah berusia 93 tahun itu kini sedang berehat di hospital tersebut.

Artikel Berkaitan: