AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu

Keratan akhbar Sinar Harian hari ini.
Keratan akhbar Sinar Harian hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah menghentikan pelepasan enap cemar di kawasan sungai dan tali air di Kampung Pulau Raja Kubang, Kerian sejak Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Pengurusan Operasi AKSB, Mohd Safrurazi Salleh berkata, pihaknya sentiasa peka dan sedar mengenai pengurusan enap cemar di Loji Rawatan Air (LRA) Chicha di sini dan sudah mengambil langkah bagi mengatasi hal berkenaan.

“AKSB sudah memperuntukkan RM1.5 juta bagi pembelian tiga lot tanah di Mukim Wakaf Stan bagi membina sistem rawatan dan pengurusan enap cemar dengan lebih baik, selain menggunakan soda kaustik bagi mengurangkan penghasilan enap cemar di LRA Chicha.

“Pihak kami juga membelanjakan RM500,000 bagi membeli satu unit penyiring iaitu alat bagi memproses enap cemar yang dihasilkan daripada sistem rawatan air,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, AKSB juga menjalankan kerja-kerja pencucian secara berkala di sungai Pengkalan Datu dan kali terakhir pada Jun lalu bagi mengelakkan mendapan enap cemar memenuhi sungai serta tali air.

“LRA Chicha beroperasi melebihi kapasiti reka bentuk, sehubungan itu pihaknya dalam proses pembinaan dua loji baru iaitu di LRA Kampung Teluk dan LRA Chicha II di Kampung Pasir Hor.

“Pembinaan loji baru ini diharapkan dapat mengurangkan penghasilan enap cemar yang berlaku di LRA Chicha. Limpahan mendapan enap cemar terjadi apabila hujan lebat berlaku dalam minggu ini yang menyebabkan timbul di permukaan,” katanya.

Sinar Harian hari ini melaporkan mendapan kelodak enap cemar sedalam tiga meter memenuhi tali air dan sungai di Kampung Pulau Raja, Kubang Kerian di sini.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu berlaku apabila loji rawatan air di Kampung Chicha melepaskan sisa enap cemar dan mendapan yang bertukar menjadi selut hingga menjejaskan 5,000 penduduk di Kampung Pulau Hilir serta Pulau Raja.