Tabah bantu perkasa belia Negeri Sembilan

Aminuddin (tengah) berswafoto dengan peserta mahasiswa belia di KOMBES semalam.
Aminuddin (tengah) berswafoto dengan peserta mahasiswa belia di KOMBES semalam.
A
A
A

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan mewujudkan Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (Tabah) bagi memperkasakan peranan belia di negeri ini.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, Tabah berperanan sebagai pusat sehenti bagi menyelaras aktiviti mahasiswa di Negeri Sembilan.

"Kita ada lima kluster Tabah yang akan diberi fokus iaitu pendidikan, kemahiran, kerjaya, sukarelawan dan penyelidikan yang signifikan dengan pemerkasaan mahasiswa dalam melahirkan mahasiswa yang lebih cemerlang dan unggul.

"Pusat ini juga akan menjadi platform terbaik buat mahasiswa dalam meningkatkan ketrampilan mereka sebagai usaha menyediakan pelapis pemimpin muda pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Himpunan Mahasiswa Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Paroi di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: