PPM rampas 90 musang, 11 kura-kura

Norzaid (kiri) menunjukkan kura-kura yang dirampas PPM Wilayah Tiga di Tok Bali semalam.
Norzaid (kiri) menunjukkan kura-kura yang dirampas PPM Wilayah Tiga di Tok Bali semalam.
A
A
A

PASIR PUTEH - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Tok Bali merampas 90 ekor musang dan 11 ekor kura-kura yang disembunyikan di tepi sungai di Tok Bali semalam.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, pemeriksaan di kawasan itu dilakukan jam 11 pagi selepas mendapat maklumat orang ramai.

Menurutnya, hasil pemeriksaan sepasukan anggota PPM menjumpai haiwan eksotik tersebut yang diletakkan di dalam sangkar.

"Haiwan dianggarkan bernilai RM19,000 itu dibawa ke Markas Taktikal PPM Wilayah Tiga untuk tindakan selanjutnya sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Kita mengesyaki kesemua haiwan itu untuk diseludup ke negara jiran melalui jalan laut," katanya pada sidang akhbar hari ini.

90 ekor musang ditemukan di dalam sangkar dipercayai untuk diseludup ke negara jiran melalui jalan laut.
90 ekor musang ditemukan di dalam sangkar dipercayai untuk diseludup ke negara jiran melalui jalan laut.

Norzaid berkata, pihaknya percaya haiwan eksotik itu mendapat permintaan tinggi di negara jiran.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Artikel Berkaitan:

"Kita berusaha mengesan dalang aktiviti penyeludupan haiwan eksotik ini dan berharap orang ramai terus memberikan kerjasama.

"Orang ramai boleh menghubungi PPM Wilayah Tiga di talian 09 9157726 untuk menyalurkan maklumat," katanya.